Sabtu, 18 April 2020

Cerita Seram - Garam & Tanah Kubur

 

- Saya ini seorang anak bongsu. Mempunyai seorang kakak yang sudah bertunang tetapi tidak direstui oleh ibu. Ibu saya pula membuat jualan. Kakak saya amat menyayangi lelaki itu. Suatu hari dia ke KL tanpa pengetahuan sesiapa. Dua hari kemudian dia pulang ke rumah seperti biasa. Malamnya bila saya masuk ke bilik, dan mula ke katil, saya mendapati di bawah bantal saya ada taburan garam dan tanah kubur.
Saya mula curiga dan bertanya-tanya kepada semua orang di rumah. Orang tua saya kata ini semua perbuatan kakak saya kerana pada petang tersebut kakak saya ada taburkan garam dan tanah kubur itu di luar rumah saya. Bila saya bertanya kakak saya, dia hanya mendiamkan diri duduk bersila dan tunduk ke bawah. Mukanya ditutupi rambut dan badannya terhoyong-hayang ke depan ke belakang seperti orang yang disampuk.


Dan dia hanya berkata, "Aaaaarrrhhhhh" dengan perlahan. Kami pun rasa tidak sedap hati. Ibu saya telah memanggil seorang pakar dari masjid untuk memeriksa rumah saya. Ustaz itu berkata setelah dia menjejakkan kaki ke rumah saya, dia telah mendapati sesuatu yang tak kena. Ustaz itu berkata bahawa rumah saya ini ada makhluk halus yang tinggal. Setelah mengubati ibu dan kakak saya. Alangkah terperanjatnya bila saya dapat tahu di dalam ibu saya ada makhluk halus yang duduk cukup lama dan makhluk itu adalah LANGSUIR. Dan kakak saya pula terdapat tiga macam iaitu POCONG, POLONG dan juga PONTIANAK.

Orang yang menghantarnya adalah orang dekat yang iri kepada ibu saya. Padanlah selama ini tingkah laku mereka amat pelik dan aneh. Ibu saya pula lemah dan tidak larat untuk teruskan jualan.
Jadi adakah selama ini saya berbual dengan ibu dan kakak saya ataupun makhluk halus? Yang saya tertanya-tanya ini adalah mengapa kakak saya menaburkan garam dan tanah kubur itu di luar rumah dan bantal saya?


 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club